First Trip 2009

Pengembaraan saya yg pertama untuk 2009 ni ialah ke negeri Perak. Tidur Ipoh dua malam tapi takde apa nak report sebab siang ayah keja, so saya duk bilik hotel je sepanjang hari dengan mama.

Tapi hari ketiga ayah dah habis keja, saya dibawa tidur dan jalan-jalan di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Kenapa Kuala Kangsar? Sebab ayah membesar kat sini dulu dan ayah cakap sini food dia semua sedap.

Tidur satu malam je, tapi highlight of the day ialah makan di Yut Loy (Yat Lai) salah satu kopitiam terunggul di Malaysia. Tapi kecewa sebab pau dah habis so dpt makan roti bakar je. Pastu dapat rasa wan tan hoe ayah. Sedaapp!!!

09012009105

Leave a comment »

My Rides

Sepanjang thn lepas saya dah test drive beberapa kenderaan untuk pengembaraan saya ni.

1. Jet – Boleh terbang tapi susah nak start (kena pakai syiling)

jet1

2. Race Car – Best tapi belum pandai handle stereng dgn pedal minyak dalam masa yang sama. Kaki tak sampai.

jet2

3. Hmm…last last test drive scooter ni. Nampak macam cool je…

jet3

Tapi mcm mana nak bawak barang tgk bakul depan tu kecik je. Last skali saya decide untuk duduk je dlm kereta ayah sampai saya dpt lesen sendiri. Senang boleh tido dan juga minum susu sambil tunggu sampai destination. Lagi best boleh suprisekan diri sendiri bila sampai sebab sepanjang jalan masa duk dlm car seat ni tak berapa nak nampak pemandangan luar.

dscn0031

Leave a comment »

Hello World!

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru 2009! Setelah mencapai usia setahun (harijadi saya baru-baru ini 14 Disember) saya telah menetapkan beberapa matlamat.  Antaranya ialah untuk memulakan blog saya sendiri. Blog ini mengisahkan pengembaraan saya di alam maya ini. Betul, pengembaraan saya. Saya dah ada passport tau dan dah pegi oversea dua kali dah.

Sebab tajuk blog ini adalah Hikayat Umar jadi adalah penting untuk anda mengenali watak utama iaitu…saya sendiri! (photoshoot by Uncle Munzir from MZR Solutions)

Hello World!

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.